Haron Din dapati dakwat tak kekal dijarinya

KANGAR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mengundi pada jam 8.25 pagi tadi di saluran 1 SJK(C) Simpang Empat mendapati dakwat kekal yang dicalit pada jarinya tidak kekal.

Sekitar jam 9.00 pagi beliau pulang ke rumah dan membersihkan jarinya dengan sabun biasa (bukan sebarang “solvent chemical) dan mendapati jarinya bersi-sebersihnya.

Satu laporan polis dibuat tengah hari ini.